Posts

Showing posts from January, 2012

Bagaimana admin mendapatkan nilaian bahagian ahli waris ni?

Image
Jom admin tunjukan cara pengiraannya. KAEDAH 1 : Tentukan dahulu nilai yang diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri arwah. Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh ketiga-tiga ahli waris ini maka admin gunakan kaedah pecahan. Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu arwah adalah 1/6 dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8. Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tersebut. Maka kaedahnya adalah seperti berikut:- Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa keseluruhan bahagian harta peninggalan si arwah adalah 24 bahagian kesemuanya. 4 bahagian masing-masing adalah untuk ayah dan ibu manakala si isteri mendapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi hanya 11 bahagian telahpun diagihkan. Manakala 13 bahagian lagi adalah untuk anak-anak si arwah. Langkah seterusnya untuk mengetahui berapakah nilai RM yang diperolehi oleh setiap daripada mereka (ayah, ibu dan Isteri si arwah) ma