Posts

Makanan Masa Kecil

Image
Haw Flakes HAW FLAKES saya masih ingat dulu, sewaktu kecil sering merengek untuk dapatkan haw flakes kat abah dan mak untuk belikan asam manis yang berbentuk wang syiling dua puluh (20) sen (sekitar tahun 1990-an. Saya tidak pernah tahu nama benda ini. Ianya tidak lah mahal untuk memenuhi kehendak saya masa itu jika diminta. Benda ini memang unik bila makan pasti nak lagi!!! Fizikal yang berbentuk seperti duit syiling ini memang menjadi kegilaan semasa kecil dulu. Setebal sekitar 1mm, warnanya coklat kemerahan seperti daging dan rasanya masam manis, sehingga menimbulkan minat untuk merasa.. Paling best makan satu -satu masukkan dalam mulut dan membiarkan meleleh di dalam mulut. orang dewasa pun suka

kAwAn iTu ibArAt??

Image
kata emak  KAWAN  itu ibarat lebah, habis madu sepah di buang... .. kata abah  KAWAN  itu umpama bunga ros, di pandang cantik di pegang sakit... .. kata atuk  KAWAN  itu seperti air, terus mengalir... .. kata nenek  KAWAN  itu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana... .. kata saudara  KAWAN  itu macam makanan, kawan makan kawan!!!!! kata abang  KAWAN  itu seperti lembu, mengikut je apa yang di kata... .. kata kakak  KAWAN  itu tak ubah macam durian, bau busuk je tapi sedap di makan... .. kata adik  KAWAN  itu macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada... .. kata aku  KAWAN  itu tak kisahlah macam mana... .. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN DAN MACAM BISKUT!!!!!! dia tetap  KAWAN. .. kenaa...sebab skali aku kawan dgn kau..selama-lamanya kau kawan aku...selagi kau tak putuskan pshbt kte...  I LOVE YOU KAWAN!!!                                                 

Kegemaran Saya

Image
Kegemaran Saya Setiap orang mempunyai kegemaran masing-masing. Tidak terkecuali juga saya yang turut mempunyai kegemaran tersendiri. Kegemaran saya yang utama adalah sukan lasak. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya amat gemar etreme games . Boleh dikatakan setiap hari saya akan bersukan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sukan yang menjadi pilihan kami adalah panjat pokok, mountain bike , road blade , dan rafting .  bersama rakan di Gunung Datuk, Negeri Sembilan sukarelawan pasca banjir di Kelantan Apabila memasuki sekolah menengah, saya semakin aktif melibatkan diri dengan sukan hingga berjaya menjadi wakil sekolah dalam olahraga. Apabila meningkat dewasa dan mula menceburi alam pekerjaan, aktiviti sukan bersama rakan-rakan menjadi berkurangan hanya setakat bermain permainan video sukan bolasepak dan masih melibatkan aktiviti fizikal. Cuma sesekali sahaja kami akan berkumpul ketika di dalam program yang dianjurkan. Selain itu, saya ju

Terus Mengejar Impian!!!!

Image
Impian saya kini bergelar seorang siswa dan menuntut di Institut Pengajian Awam Tinggi menjadi kenyataan  akhirnya aku memilih Universiti Utara Malaysia secara Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) untuk aku menimba ilmu. Sekarang dah Semester 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam walaupun sibuk dengan kekangan bekerja. Untuk mencapai impian tersebut, aku perlu berusaha belajar bersungguh-sungguh walaupun pelbagai rintangan dilalui.  " Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang sentiasa berfikian positif kepada tujuan itu tanpa menyimpang " cam ye!! Pandang ke hadapan... teruskan berdoa, bertenang dan sentiasa melangkah ke jalan yang terus... Semoga impian saya yang terakhir dapat membalas jasa ibu bapa saya dan membina keluarga bahagia. Ibu bapa menjadi saya lebih untuk berusaha untuk mengubah kehidupan, lantas aku sentiasa berdoa dapat menjadi seorang yang berguna pada keluarga, masyarakat dan negara khususnya.. AMIN.......

Sukarelawan Aktiviti Masa Lapang

Image
Inilah aktiviti lapang aku, sibuk dengan pelbagai program salah satunya Program Amal Untuk Gelandangan yang dilaksanakan bersama Sukarelawan Melaka.... Memberi sedikit makanan untuk keesokkan harinya,itu pun sudah cukup bermakna buat mereka.. Golongan gelandangan ini adalah golongan yang amat sensitif, pandai ambil hati dapatlah berbual dengan mereka memberikan sedikit sumbangan Alhamdulilah, program ini disambut baik oleh semua sahabat dan rakan NGO seperti Proton, MIMPA, Sebaran Budi dan Kami Prihatin.......  Sebelum bersurai... bergambar bersama rakan siswa dari negeri Melaka JOM LAYANZzzz

Sukarelawan Mengajar Aku Kehidupan

Image
Sukarelawan, sering sahaja diajukan soalan dari rakan-rakan sekiranya aku mengutarakan kehendak aku yang dikatakan agak pelik. "Mengapa Sukarelawan"  Aku berfikir sejenak, mungkin ada betulnya pandangan rakan aku itu!!!  Sememangna sejak dari kecil lagi aku ingin menjadi seorang sukarelawan. Hatiku melonjak-lonjak setiap kali melihat sukarelawan memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan, terlalu murni bagi aku sekiranya dapat memberikan bantuan. Perkara itu lah yang membuat aku ingin menjadi seorang sukarelawan Membersihkan Temple Borubodor, Mengelang Aku sedar, tidak ramai yang orang ingin menjadi sukarelawan kerana memikirkan risiko yang perlu dihadapi. Sekiranya menjadi seorang sukarelawan, tidak akan ada pulangan duit mahupun hadiah setelah memberi bantuan. Hanya ucapan terima kasih dan senyuman sahaja datang dari mulut orang yang diberi bantuan. Di atas temple sementara menunggu sunset Cukup dengan rasa sejuk dan tenang hati i