Posts

Showing posts from 2012

Sejarah Melaka

Image
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit. Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Seb

Komponen-komponen Enjin

Image
Palam pencucuh Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna. Injap (Valve) Injap masukan akan terbuka semasa capuran minyak dan udara masuk kerunag pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos. Piston Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di dalam bongkah enjin. Piston ring Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder. Fungsi ring ialah : Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang  pembakaran semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku. Mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh menyeb

Sistem Enjin 2 Lejang

Image
Pengenalan   Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder. Sistem Enjin 2 Lejang 1. Hanya 2 kitaran untuk melengkapkan 4 proses kendalian enjin bagi menggerakkan satu putaran enjin. 2. Antara contoh diagram sistem enjin 2 lejang: 3. Enjin 2 lejang cuma perlukan dua lejang sahaja untuk melengkapkan kitar. 4. Satu pusingan aci engkol bermakna lengkaplah 2 lejang dibuat dalam kitarnya. 5. Enjin 2 lejang tidak menggunakan injap (hanya penggunaan liang-liang). Proses kitaran dalam enjin 2 lejang 1. Lejang masukan dan lejang mampatan :– Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara- bahan api pelincir dari karburetor masuk ke dalam. 2. Lejang kuasa dan lejang ekzos :– Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran

Bagaimana admin mendapatkan nilaian bahagian ahli waris ni?

Image
Jom admin tunjukan cara pengiraannya. KAEDAH 1 : Tentukan dahulu nilai yang diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri arwah. Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh ketiga-tiga ahli waris ini maka admin gunakan kaedah pecahan. Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu arwah adalah 1/6 dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8. Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tersebut. Maka kaedahnya adalah seperti berikut:- Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa keseluruhan bahagian harta peninggalan si arwah adalah 24 bahagian kesemuanya. 4 bahagian masing-masing adalah untuk ayah dan ibu manakala si isteri mendapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi hanya 11 bahagian telahpun diagihkan. Manakala 13 bahagian lagi adalah untuk anak-anak si arwah. Langkah seterusnya untuk mengetahui berapakah nilai RM yang diperolehi oleh setiap daripada mereka (ayah, ibu dan Isteri si arwah) ma