Komponen-komponen Enjin
Palam pencucuh Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna. Injap (Valve) Injap masukan akan terbuka semasa capuran minyak dan udara masuk kerunag pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos. Piston Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di dalam bongkah enjin. Piston ring Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder. Fungsi ring ialah : Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang pembakaran semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku. Mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh menyeb