Kisah zaman sekolah RendaH


JoM citew zaMan kaNak-KanaK KoranG. sekuRang - kuraNg nye mesti ada jugak sedikit kenangan yang tertinggal. Bak kata pepatah, itu semua asam garam kehidupan. Tidak melaluinya dalam kehidupan ibarat lauk tidak bergaram saja lagaknya.

Antara kenakalan aku suatu masa dulu adalah suka mengurat. Dulu masa aku darjah 5, aku pernah dok usya sorang awek cantik ni. Dia pun suka dekat aku jugak. Kitorang pun jadi rapat la. Tapi sayang, cinta monyet tidak kekal hingga ke akhir hayat. Belum sampai beberapa bulan, monyet betina sudah pun berpindah ke pokok lain kerana terjumpa beruk jantan yang lagi hensem. 



Satu benda yang aku selalu buat masa sekolah dulu adalah buat kerja rumah langsung tak buat. Kalau sudah namanya tak buat, konfem la takde lansung. masa inilah cikgu amek kesempatan untuk belasah aku. ini makan dia!!!!!!!!

Ala, sedas dua das kira okey la kan? Bukannya sakit pun. Setakat tangan jadi merah satu hari tu biasa saja. Tidak lelaki kalau menangis sebab kena rotan, okey. Tapi zaman sekarang ni, rotan-rotan tidak main lagi. Kalau ada kesan yang tertinggal, parent boleh saman guru tersebut atau pun pihak sekolah. Jadi, alternatif yang cikgu aku buat adalah dengan memberi denda jalan itik. Aku masih ingat, cikgu sejarah suruh satu kelas kami pusing blok akademik sambil jalan itik sebab satu kelas bikin cikgu MARAH!!!! Hasilnya, kitorang dapat sakit kaki dan perlian dari bebudak kelas lain.




Walaupun agak memalukan, tapi entah kenapa aku terasa rindu kenangan tu semua.
Ada banyak lagi kisah sebenarnya. Tapi aku mau simpan dulu yang lain. Takkan la semua mau cerita terus kan? Habis la point aku untuk berblogging nanti. Apa-apa pun, cerita zaman sekolah rendah memang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Kalau sudah ada cucu nanti, boleh la ungkit balik kisah nostalgia.

Korang pulak, apa cerita best? 


Comments

Popular posts from this blog

Kendalian Enjin 4 Lejang

Komponen-komponen Enjin

Sistem Enjin 2 Lejang