Perjalanan Aku Sebagai Pelajar
Hidup ini ialah anugerah Allah. Perjalanan hidup yang kita rancang ialah ketentuan kita yang lemah, terlaksananya perancangan hidup kita sudah disusun atur olehNya kerana Allah lebih berhak menentukan hidup dan mati di setiap saat perjalanan hidup kita.
Alhamdulilah aku amat bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan sewaktu saya sedang berkhidmat dengan kerajaan. Peluang ini aku ambil untuk meningkatkan kerjaya aku dan tidak pernah untuk mengecewakan keluarga. Satu detik yang amat panjang jika dibandingkan dengan hambaNya yang lain.
Tentunya perjalanan yang jauh merakam dengan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan dugaan serta cabaran aku lalui sepanjang tahun 2011 sehingga 2013. Sudah tentu selama hampir 3 tahun sebagai pelajar, sudah cukup untuk aku mengenang dalam rakaman dairi kehidupan aku di sini.
Secara peribadai semasa Semester 1 aku terlalu tekanan dengan keadaan sekeliling sehingga di dalam benak fikiran hanya kematian sahaja difikirkan...

MATI... MATI.... DAN MATI.....
Ketika itu aku duduk di tepi Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, datang seorang hamba Allah menemani aku dan yang banyak memahami perasaan aku. Bahkan memberi nasihat yang sungguh bermakna untuk aku lebih ke hadapan dan berjuang sehingga ke titik pengakhiran sebagai seorang pelajar.
![]() |
masuk treasure di Politeknik Yeah!!! dapat No. 3 |
Sebagai manusia biasa, apalagi dengan serba kekurangan, aku akur bahawa aku sering melakukan kesilapan. Ini menjadikan pelbagai kejayaan telah aku lalui bersama sahabat yang tidak kenal erti penat dalam perjuangan sebagai pelajar. Walaupun CGPA tidak memuaskan hati tapi aku lalui jua untuk mendapatkan segenggam Diploma dalam jurasan Kejuruteraan Mekanikal (Automotif).
![]() |
Tahniah!! Beb |
![]() |
Graduate |
Comments
Post a Comment