Sukarelawan Mengajar Aku Kehidupan

Sukarelawan, sering sahaja diajukan soalan dari rakan-rakan sekiranya aku mengutarakan kehendak aku yang dikatakan agak pelik. "Mengapa Sukarelawan" 


Aku berfikir sejenak, mungkin ada betulnya pandangan rakan aku itu!!! 


Sememangna sejak dari kecil lagi aku ingin menjadi seorang sukarelawan. Hatiku melonjak-lonjak setiap kali melihat sukarelawan memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan, terlalu murni bagi aku sekiranya dapat memberikan bantuan. Perkara itu lah yang membuat aku ingin menjadi seorang sukarelawan


Membersihkan Temple Borubodor, Mengelang

Aku sedar, tidak ramai yang orang ingin menjadi sukarelawan kerana memikirkan risiko yang perlu dihadapi. Sekiranya menjadi seorang sukarelawan, tidak akan ada pulangan duit mahupun hadiah setelah memberi bantuan. Hanya ucapan terima kasih dan senyuman sahaja datang dari mulut orang yang diberi bantuan.



Di atas temple sementara menunggu sunset

Cukup dengan rasa sejuk dan tenang hati ini melihat orang lain gembira. Semua itu sudah cukup memberi kepuasan dalam hidupku. Sememangnya, sukarelawan adalah suatu pekerjaan yang tidak mengharapkan balasan daripada sesiapa. Tambahan lagi kerjaya ini adalah mulia di sisi Allah s.w.t. lebih-lebih lagi kita sebagai umatNya digalakkan melakukan kerja amal. Rasanya tidak salah bagi aku untuk memilih kerjaya sebagai seorang sukarelawan selagi aku mampu.


Mengenali budaya

Sukarela itu tak sekadar mencari suasana baru, tapi juga menemukan berbagai hal yang tak akan kamu hadapi di kehidupan sehari-hari. Misalnya, tersesat sendirian di kota yang tak pernah kamu kunjungi sebelumnya. Dengan pengalaman ini, kamu akan diharuskan untuk menghadapi ketakutanmu dan mencari jalan keluar dengan tenang.

Comments

Popular posts from this blog

Kendalian Enjin 4 Lejang

Komponen-komponen Enjin

Sistem Enjin 2 Lejang