Tentang Cinta

Baru-baru ini saya ada menerima email dari salah seorang pembaca Tentang Cinta yang bertanyakan tentang situasi di bawah:


 Mr Teddy, sy kalau blh nk mr teddy buat artikel tentang nak atasi fikiran ble ada orang menyindir kita. jujur sy katakan sy nk menangis ble ada orang sindir saya. lebih2 lagi disindir depan org ramai sy mohon bntuannya ye.

Sindir atau mengejek. Saya percaya kita semua pernah lalui situasi tersebut, bukan?

Lagi-lagi semasa kita di zaman kanak-kanak dulu selalu main ejek-ejek siap pakai nama mak bapak lagi. Dan kalau yang ekstremnya sampai boleh buat gaduh. Mana tidaknya, siap nama atuk nenek moyang semua keluar.
Tetapi sikap suka mengejek itu tidak hanya terhenti di zaman kanak-kanak saja.
Apabila di zaman remaja atau dewasa ini kita lebih menggunakan istilah ‘bahan-membahan’. Kadang-kadang bila bahan tu sampai tak ingat dunia. Betul-betul bagi sampai terduduk orang yang kena bahan tu.
Ejeken seperti gemuk, gendut, debab, keremping, papan, sekeping, jonggang, dan sumbing adalah di antara kata-kata yang biasa digunakan orang. Kalau hati tak kuat, memang berjurai air mata. Dan sah-sah menangis bila diejek di hadapan orang ramai.
Jadi, macam mana cara nak atasi situasi macam ini? Apabila orang ejek anda, apa yang akan anda lakukan?


Kalau anda tanya saya, mudah saja.


Comments

Popular posts from this blog

Kendalian Enjin 4 Lejang

Komponen-komponen Enjin

Sistem Enjin 2 Lejang