Kegemaran Saya

Kegemaran Saya



Setiap orang mempunyai kegemaran masing-masing. Tidak terkecuali juga saya yang turut mempunyai kegemaran tersendiri. Kegemaran saya yang utama adalah sukan lasak. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya amat gemar etreme games. Boleh dikatakan setiap hari saya akan bersukan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sukan yang menjadi pilihan kami adalah panjat pokok, mountain bike, road blade, dan rafting


bersama rakan di Gunung Datuk, Negeri Sembilan

sukarelawan pasca banjir di Kelantan

Apabila memasuki sekolah menengah, saya semakin aktif melibatkan diri dengan sukan hingga berjaya menjadi wakil sekolah dalam olahraga. Apabila meningkat dewasa dan mula menceburi alam pekerjaan, aktiviti sukan bersama rakan-rakan menjadi berkurangan hanya setakat bermain permainan video sukan bolasepak dan masih melibatkan aktiviti fizikal. Cuma sesekali sahaja kami akan berkumpul ketika di dalam program yang dianjurkan.

Selain itu, saya juga gemar menonton filem-filem keluaran Hollywood, Jepun, Thai dan Hong Kong. Genre filem yang menjadi pilihan saya adalah filem aksi, seram, sukan, persahabatan dan lain-lain. Saya juga gemar membaca buku-buku karangan tokoh-tokoh Islam dan juga Barat mengenai selok belok kehidupan di dunia ini. Saya juga meminati sejarah dan amat berminat dalam sejarah Asia Timur, Asia Tenggara, Eropah, Amerika dan semestinya sejarah Islam. Pada saya kita perlu mengetahui sejarah dengan amat mendalam demi dijadikan panduan hidup di masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Kendalian Enjin 4 Lejang

Komponen-komponen Enjin

Sistem Enjin 2 Lejang