Apabila enjin dihidupkan, pembakaran campuran udara dan bahan api berlaku. Pembakaran ini menghasilkan tenaga yang mengerakkan piston dalam selinder. Gerakkan piston dari atas ke bawah atau sebaliknya dinamakan lejang. Kitaran empat lejang bermaksud ada 4 lejang piston bagi setiap 2 pusingan penuh kranksyaf. Kitaran lejang adalah seperti berikut: i. Lejang masukan (Intake) ii. Lejang mampatan (Compression) iii. Lejang kuasa (Power) iv. Lejang ekzos (Exhaust) PROSES KENDALIAN ENJIN EMPAT LEJANG ISTILAH ASAS ENJIN Dalam operasi 4 lejang dan 2 lejang, istilah berikut perlu diketahui. Silinder : Bahagian dimana piston yang bergerak naik dan turun. Lejang : Jarak pergerakan dalam silinder dari TTA ke TTB dan sebaliknya. Takat Terakhir Atas (TTA) : Takat tertinggi yang boleh dicapai oleh piston ketika bergerak ke bawah. Takat Terakhir Bawah (TTB) : T...
Pengenalan Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder. Sistem Enjin 2 Lejang 1. Hanya 2 kitaran untuk melengkapkan 4 proses kendalian enjin bagi menggerakkan satu putaran enjin. 2. Antara contoh diagram sistem enjin 2 lejang: 3. Enjin 2 lejang cuma perlukan dua lejang sahaja untuk melengkapkan kitar. 4. Satu pusingan aci engkol bermakna lengkaplah 2 lejang dibuat dalam kitarnya. 5. Enjin 2 lejang tidak menggunakan injap (hanya penggunaan liang-liang). Proses kitaran dalam enjin 2 lejang 1. Lejang masukan dan lejang mampatan :– Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara- bahan api pelincir dari karburetor masuk ke dalam. 2. Lejang kuasa dan lejang ekzos :– Peringkat ini bermula sebaik sahaja campu...
Comments
Post a Comment